nobody loves to be lied?

pernah kau tafsir salah sendiri yg pernah kau buat?
pernah kau akur dengan kesalahan tu?
pernah aku hukum kau dengan buka segala keaiban?
pernah kau ingat yg kau juga manusia?
pernah kau ingat yg kau juga pernah buat salah?

aku tahu aku pernah salah.
menipu engkau tentang hubungan aku dengan yg lain.
tapi pernah aku abaikan segalanya pasal kau?
kau tetap yg utama bagi aku. takde yg utama selain kau.
perasaan kau lebih aku utamakan. tapi kau tak pernah nilai benda tu. kau cuma nilai keburukan aku

kau ingat bila kau curang?

kau tau sape yg merayu melutut?
kau tahu sape yg susah payah?
kau tahu sape yg beriye utk pulihkan segalanya?
kau tahu siapa yg cuba pertahankan?
kau tahu siapa yg memaafkan?
kau tahu siapa yg menanggung siksa?

kau ingat bila aku diperkecilkan?
kau ingat bila aku disisihkan?
kau ingat bila aku diperkotak katikkan?
kau ingat bila aku bertahan?
kau ingat bila aku tak pedulikan tohmahan?
kau ingat bila aku pertahankan kau dari segala situasi
kau ingat bila aku sokong kau dari setiap keadaan?
kau ingat bila aku tetap ada dengan kau walau mcm mana aku diperlakukan?

kau ingat?

bila kau curang, jangan harap kau nak pandang aku.
kau caci. kau hina
kau pandang aku jijik
kau ludah aku
kau campak buang cinta dengan sayang aku.
aku kutip, aku lap, aku pulihkan. aku melutut tadah tangan bagi kau balik hati tu

berapa kali?
bukan sekali kan?

kenapa tak aku pertikaikan benda tu?
kenapa tak aku bukak aib kau kat serata org?
kenapa tak aku salahkan kau dari segala sudut?
kenapa tak aku onarkan kau?
kenapa tak aku burukkan kau?
kenapa aku letak semua kesalahan atas aku?
kenapa aku biarkan semuanya atas aku?
kenapa?

sebab aku sayang.

tapi bila datang dari pihak aku.
segalanya diluahkan.
segalanya diburukkan
segalanya kurap
segalanya kudis

salah aku yg satu ni kau besarkan
salah aku yg satu ni buat semua org benci aku
salah aku yg satu ni buat aib aku tercela.
dan salah aku, tetap salah aku. atas aku.

takpe, aku mmg mengaku aku salah.
aku memang tahu aku salah.
aku mengaku bohong kau.
aku mengaku duakan kau
tapi aku tak pernah bohong bila aku cakap aku sayang kau lebih dari segalanya.


itu pasti.

aku terkilan
aku kecewa
aku terkedu
tp takpe. aku maafkan.
sebab semua org boleh melakukan manusia biasa.